WALAUPUN BUTA KEDUA BELAH MATA DAN HIDAP MILD AUTISME NAMUN ANAK KECIL INI BERJAYA HAFAL SURAH YASIN SEAWAL 3 TAHUN.. SUBHANALLAH!… INI KISAH HIDUP BELIAU YANG MENYENTUH HATI NETIZEN..

Walaupun Buta Kedua Belah Mata dan Hidap Mild Autisme Namun Anak Kecil Ini Berjaya Hafal Surah Yasin Seawal 3 Tahun.. SubnaAllah!… Ini Kisah Hidup Beliau Yang MENYENTUH HATI Netizen..

Tidak dapat melihat sejak dilahirkan namun telatah dan senyuman anak kecil ini mampu memberi kebahagiaan kepada ibu bapa serta seluruh keluarganya.

Menurut Mingguan Wanita, Ahmad Aqeel bin Faiz Mohammad Noor, 5, disahkan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan saraf sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Aqeel tidak mempunyai bebola mata di mata kanannya dan mata kiri hanya berwarna putih. 

Sumber: Facebook

Ketika usianya menginjak 6 bulan, bapanya, Faiz Mohammad Noor bin Kamaruzaman, 34, menyedari bahawa anaknya semakin aktif. Bukan itu sahaja, emosi Aqeel dikatakan berlebihan selain suka mengamuk dan menghantukkan kepalanya.

Keadaan itu menyebabkan Faiz dan isteri, Nur Izzah binti Mohamad Kamil, 34, segera merujuk kepada pakar psikologi di Kajang. Pada ketika itulah, mereka diberitahu bahawa Aqeel mempunyai satu penyakit yang lain pula.

Loading...

Keputusan ujian…Aqeel disahkan autisme (mild). Kami redha dan positif.”

Sumber: Facebook

Namun, istimewanya anak kecil tanpa penglihatan ini, ibu bapanya mula menyedari kelebihannya dalam menghafal surah. Malah, Aqeel dikatakan berjaya menghafal surah Yasin seawal usianya 3 tahun!

Sampailah satu hari ketika membaca surah Yasin, tiba-tiba Aqeel yang berumur 3 tahun itu sambung bacaan saya sampai habis surah itu.”

Sumber: Youtube

Meskipun belum dapat bertutur sepenuhnya, Aqeel sering membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

“Orang akan ingat dia bercakap bahasa Arab, padahal dia melafazkan ayat-ayat Al-Quran.”

Faiz dan isteri turut berkongsi cara yang mereka guna dan amalkan untuk anak istimewa itu menghafal Al Quran. Semua ibu bapa boleh lah jadikan rujukan…

Loading...
Sumber: Mingguan Wanita

Menurut pasangan itu, mereka mula bangkit dari kesedihan yang pernah dialami suatu ketika dahulu selepas berjumpa dengan seorang kaunselor, Encik Mohd Hafiz Halim (kini bertugas sebagai pegawai khas Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

Dia (Hafiz) jemput saya dan isteri ke rumahnya dan melihat sendiri kehidupannya yang juga cacat penglihatan.”

Sumber: Facebook

Faiz turut akui bahawa jemputan Hafiz itu berjaya membuka mata dan mindanya sekaligus menjadi turning point untuknya dan isteri.

Saya yakin Aqeel mampu hidup normal seperti orang lain. Isteri Encik Hafiz sendiri pun cacat penglihatan tetapi kehidupan mereka sempurna. Dapat pula membesarkan 4 orang anak normal dengan baik sekali.”

Sumber: Mingguan Wanita

Semoga adik Aqeel membesar dengan sihat dan ceria. Mungkin ibu bapa boleh contohi cara pasangan ini didik anak menghafal Al Quran ?

sumber

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

 

Loading...

Jemaah Haji Menangis Ketika Dengar Nassier Wahab Laung Azan. Ini Puncanya.. SUBHANALLAH

Baru2 ni Dato Nassier Wahab telah tunaikan ibadah haji. Ketika wukuf Arafah, dia dapat rezeki laung azan dan ramai gempar bila ada jemaah haji tiba2 menangis. Setelah siasat ini puncanya. Subhanallah.

Jemaah Haji Menangis Ketika Dengar Nassier Wahab Laung Azan. Ini Puncanya.. SUBHANALLAH | Khalifah Mail Online – Baru2 ni Dato Nassier Wahab telah tunaikan ibadah haji. Ketika wukuf Arafah, dia dapat rezeki laung azan dan ramai gempar bila ada jemaah haji tiba2 menangis. Setelah siasat ini puncanya. Subhanallah.

NASSIER WAHAB LAUNG AZAN

PENYANYI Datuk Nassier Wahab terharu apabila ada jemaah haji Malaysia yang menitiskan air mata ketika mendengarnya melaungkan azan.

Menurut Nassier, 55, kejadian itu merupakan salah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan ketika dia mengerjakan ibadah haji, baru-baru ini.

“Mungkin selama ini mereka dengar suara saya menyanyi tapi pada hari kejadian mereka berpeluang mendengar saya melaungkan azan menyeru kebesaran Allah.

“Hati saya tersentuh apabila melihat ada jemaah yang menangis terharu dan sebak kerana mendengar saya melaungkan azan,” katanya kepada mStar Online.

Nassier bertolak ke tanah suci mengerjakan ibadah haji pada 26 Ogos dan pulang ke Malaysia pada 30 September lalu.

KALI PERTAMA LAUNG AZAN

Sementara itu, Nassier berkata, peristiwa itu berlaku ketika dia menjadi bilal semasa khutbah Arafah ketika mengerjakan ibadah wukuf di Padang Arafah.

“Bayangkan saya tak pernah laungkan azan di hadapan orang ramai dan itu kali pertama diberi tanggungjawab melakukannya.

“Apabila mutawif tawarkan peluang ini, saya tak boleh menolak sebab mereka bersungguh-sungguh mahu saya yang azan.

“Saya yakinkan diri dan anggap itu rezeki yang tak semua orang dapat,” katanya.

ALHAMDULILLAH SELESAI HAJI TANPA MASALAH

Dalam pada itu, penyanyi lagu Memori Cinta Luka ini bersyukur kerana mampu menyelesaikan ibadah haji tanpa sebarang masalah kesihatan.

Katanya, cuaca panas dan jemaah yang ramai dari pelbagai negara tidak menganggu perjalanan ibadahnya.

“Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Tiada sebarang kesulitan, lancar mengikut jadual dan sangat berpuas hati dengan kemudahan serta layanan yang diberi.

“Walaupun cuaca ketika itu hampir 50 darjah celsius tapi kesihatan saya baik dan ini pun salah satu rahmat daripada Allah.

“Bila balik Malaysia, baru mula sakit tekak dan rasa seperti mahu demam, mungkin rindu Kota Makkah agaknya” ujarnya.

Bercakap mengenai karier seni, dia kembali aktif menjayakan persembahan pentas selepas pulang mengerjakan haji.

Malah, Nassier memaklumkan dia masih menerima tawaran nyanyian dan tidak terpalit dengan kontroversi membabitkan pelakon Datuk Boy Iman.

Nassier merupakan duta kepada syarikat DBI Technology yang merupakan milik Boy Iman.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *