Tips – Ikuti Cara Lelaki Ini Turunkan Ego Isteri Sewaktu ‘ Datang Bulan’..!

Tips – Ikuti Cara Lelaki Ini Turunkan Ego Isteri Sewaktu ‘ Datang Bulan’..!

Bila period selalunya emosi kaum wanita tak menentu cepat saja terasa hati, sedih atau sentap. Rasanya semua suami tahu kot.

Tapi tahu saja tak cukup, kena faham dan prihatin. Kalau isteri marah-marah luar dari kebiasaannya jangan suami terus sentap.

Kena faham sebabnya seperti mana lelaki ini memahami keadaan isterinya.

Isnin itu,

Loading...

Sebelum subuh dia sudah mula ‘bersilat’ di dapur. Bunyi air pili mengalir ke singki tak putus-putus dari tadi. Tanda banyaknya pinggan dan cawan tidak berbasuh yang ditinggalkan anak-anak malam tadi.

Sudah jenuh dipesan, ada masa berkesan, kebanyakan masa tak ‘jalan’.

Masing-masing ada ‘misi pagi’. Dia dengan urusan dapur. Memastikan anak-anak mendapat bekalan ‘air tangan’ setiap hari.

Saya dengan urusan ‘perkucingan’. Memastikan ‘anak-anak bulu’ mendapat bekalan makanan mencukupi dan lokasi ‘penyahtinjaan’ sedia bersih.

Ikutkan hati, tak larat dah. Tetapi setiap pagi menguruskan sisa kumbahan, memberi kesan yang agak signifikan kepada ‘ketundukan hati’.

Selalu saja ada bisikan, ‘Padan muka kau, kau rasa kau hebat? Setiap pagi jadi abdi kucing-kucing ni. Mereka yang membuang, kau yang kutip.’ Rendah diri rasanya. Dengan kucing pun kalah.
Telinga berdesing
Belek-belek mengemaskan beg kerja. Baru perasan bekas makanan hari Jumaat lupa nak dikeluarkan dari dalam beg.

Loading...

Allah! Cepat-cepat keluarkan dan bawa ke dapur.

Baru saja mahu letakkan bekas makanan ke dalam singki, isteri merungut, “Bang, macam mana nak cakap dengan Iman ye. Petang Jumaat hari tu lagi dah ingatkan. Balik sekolah, keluarkan ‘lunchbox’. Basuh.

Jenuh cari mana ‘lunchbox’ dia pagi ni. Rupanya tak keluarkan lagi dari dalam beg.”

Perlahan-lahan saya mulakan membasuh bekas sendiri.

Entah kenapa, telinga saya yang berdesing. Sungguh itu cerita Iman. Tapi nampaknya saling tak tumpah dengan perangai abahnya. Kebetulan yang menyakitkan.

“Bercakap dengan budak, memang perlu berulang-ulang. Tak boleh harap dengan sekali cakap, terus dia akan ikut. Manusia ni mudah lupa.

Loading...

Itu sebabnya, Al-Quran pun ada ayat peringatan yang berulang-ulang. Dibaca selalu untuk ingatkan kita.”

Dia hanya diam sambil tangan laju membuka bungkusan mozzarella. Kuali sudah mula panas.

“Orang dewasa pun sama. Kita dah pesan jangan letak beg tangan merata-rata. Sangkut dalam bilik. Balik kerja, sofa depan ruang tamu juga tempatnya.”

Entah dari mana meluncur laju terlepas dari mulut. Nampaknya telinga yang berdesing tadi mula ‘memuntahkan’ respon buruk.

Suasana hening.
Terlajak cakap
Dia meneruskan kerja-kerja memasak. Tugas saya seterusnya mengejutkan anak-anak dan membersihkan diri.

Pagi itu, sebelum bergerak ke tempat kerja, wajahnya tidak seperti biasa. Jelas tiada sinar dalam mata. Ulas bibir melurut semua.

Ikut pengalaman, memang ada yang tak kena. Ada sesuatu yang mencabut ceria. Ciuman di tangan tidak sekuat biasa. Pelukan juga cepat-cepat dilepaskan sekadar ada.

Sedang sibuk di meja kerja, Jam 10.07 pagi.

‘Salam abang. Ryn minta maaf tau. Mungkin ada stress sikit. Emosi terganggu. Cepat terasa hati.’

Teks dihantar melalui whatsapp.

Ikut Cara Lelaki Ini Turunkan Ego Bila Isteri 'Datang Bulan'

Benar apa yang disangka. Dia memang terasa hati. Rasa bersalah pada diri sendiri.

Satu, kerana tidak dapat mengawal hati yang terlampau sensitif terus mengeluarkan kata-kata yang menyindir.

Dua, kerana tidak segera menurunkan ego meminta maaf apabila sudah tahu terlajak cakap.

Jika tidak terus dijawab teks whatsapp ini, maka ini kesalahan ketiga. Melengah-lengahkan kemaafan.

‘Abang sentiasa maafkan. Maafkan abang juga.’ Send.

Baru hadir ketenangan bekerja pagi itu. Patutlah serba tak kena pagi itu. Boss-boss di pejabat juga seakan ‘angin satu macam’.
Perlu perhatian
Baru-baru ini masyarakat dikejutkan dengan ‘gila meroyan’ yang mengorbankan nyawa.

Kejadian itu realiti. Penyakit ‘gila meroyan’ itu juga realiti.

Puncanya?

Mengabaikan tanda-tanda awal yang ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku dan sikap seorang wanita.

Kebanyakan lelaki mungkin lupa, jika ‘gila meroyan’ hanya berlaku pada wanita lepas bersalin, ‘datang bulan’ pula berlaku pada wanita setiap bulan.

Perubahan hormon itu sesuatu yang benar-benar ada kesannya. Kesan pada fizikal yang boleh dilihat dan kesan pada psikologi yang samar-samar.

Ada wanita, saya pernah lihat masa di kolej dulu, sedang mesyuarat boleh tiba-tiba berguling-guling memegang perut menahan kesakitan.

Baru saya tahu, boleh tahap itu kesakitannya. Ada juga yang mengalami sakit-sakit badan dan sakit pinggang.

Jika tiba-tiba si isteri menunjukkan tahap sensitiviti yang tinggi atau ‘merapu’, itu tanda-tanda mereka perlukan perhatian.

Lebih baik lagi, ketenangan melalui sentuhan dan belaian. Dalam kesakitan dan ketidaktentuan, tiba-tiba dimanjakan, bukankah itu ‘nikmat’ buat mereka.

Entah kenapa tiba-tiba saya bercerita kisah ini. Sungguh, luar niche penulisan saya. Mungkin atas rasa mahu menebus kesalahan.

Mahu kawan-kawan lelaki atau adik-adik yang baru bercadang untuk berpasangan, tahu dan sedar hakikat fitrah yang Allah ‘embedded’ dalam diri seorang wanita.

Lelaki seperti saya, ada juga hormon. ‘Hormon ego’. Ada masa sedar, tetapi hidung tetap mahu ditinggikan.

‘Datang bulan’ memang ujian untuk kaum lelaki setiap bulan. Ujian mengukur tahap keprihatinan.

Belajar 3 perkara 

Balik petang tu, “Macam mana? Dah ok?” Menyambut beg-beg sekolah anak yang dihulur.

“Alhamdulillah.” Melepaskan beg yang berat dan beban emosi yang ditanggung bersama senyum terukir.

Saya belajar tiga perkara dari peristiwa ini,

1. Sensitif dengan perubahan emosi isteri. Perempuan jika terlepas kata, mungkin disebabkan hormon. Lelaki tenang saja.

2. Respon reaktif (segera) mengundang bahaya. Dengar, tarik nafas dalam-dalam. Tenang. Langkah terbaik, terus diam. Diam juga ada makna. Beri masa 10 saat untuk respon.

3. Ego merencatkan bahagia. Dalam banyak kegunaan ego manusia, ego dengan isteri adalah sesuatu yang perlu dielakkan.

Mana mungkin kita boleh ego pada wanita yang menemani kita tidur setiap malam, malah melahirkan anak kita.

#MAKnificent Family Lesson

Sumber: Ammar Kamilin

.

.

Ada yang dapat mak mertua macam malaikat. Apapun kita kena tengok kesemua jenis mak mertua bukan berniat nak takutkan orang baru nak kahwin tapi ini lah realiti kehidupan perkahwinan yang ramai tidak sedari.

1. Mak Mertua Jahat lagi Zalim

Bila cerita pasal mak mertua ni kebanyakan orang kita rasa ngeri dan trauma. Mana taknya, mana mak mertua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu ni dah kira syirik dah ni.

Bukan sembarangan dia guna siap ambik dari bomoh siam lagi. Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang. Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darah!

mak mertua, jenis mak mertua, mak mertua baik hati, mak mertua busuk hati, mak mertua talam 2 muka, mak mertua kaki hasut, mak mertua kaki fitnah

2. Mak Mertua Suka Masuk Campur

Dari anda couple dengan dia sampai dah beranak enam, mak mertua tak habis-habis nak sibuk dengan urusan anda. Kalau boleh semua perkara mesti direport dengan mak mertua dulu, dapat cop ‘sah’ baru boleh jalan.

Anda nak bercuti kat mana, anda nak kerja apa, nak hantar anak ke sekolah mana sampai nak anak berapa pun dia yang tentukanlah. Tak terjadi dengan anda tak semestinya spesis macam ni tak wujud tau!

3. Mak Mertua Cerewet Dan Banyak Songeh

Anda ingat mak mertua spesis ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P. Ramlee tak wujud? Ha fikir balik! Bila anda dapat tahu bakal mak mertua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, Ianya akan beri masalah besar pada anda nanti.

Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.

4. Mak Mertua Pilih Kasih & Berat Sebelah

Memang kerap sangat kita dengar mak mertua pilih kasih ni tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan. Bila balik kampung je, mak mertua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.

Yang sedihnya anak kita pun turut jadi mangsa berat sebelah mertua ni. Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak. Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak. Memang tak boleh buat apa!

5. Mak Mertua Garang

Orang kata mertua garang tapi kalau hati baik takpe. Tapi macam mana pulak kalau garang tak bertempat. Tak poning kepalo den! Huh! Aku ada kawan yang mak mertua dia ni tersangat garang orangnya. Dia ni sangat pantang kalau anak dan menantu perempuan tak buat kerja rumah. Dia punya membebel tak habis dari pagi sampai petang. Masalahnya kat rumah mertua dia ni masuk je rumah kalau boleh terus ke dapur.

Lagi banyak duduk dapur dari duduk kat ruang tamu. Mertua dia nak menantu perempuan sentiasa buat kerja rumah. Sentiasa masak. Habuk sikit bising. Jatuh barang sikit bising. Habis tu bila nak duduknya? Stress betul!

6. Mak Mertua Baik + Best + Penyayang

Kalau anda dapat mertua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu. “It’s like you are the choosen one”

Mak mertua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua. Bertuah badan! Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan. Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

7. Mak Mertua Mulut Jahat + Buat Fitnah

Kita selalu dengar, dosa lelaki dari matanya manakala dosa perempuandari mulutnya. Apa yang dikatakan ada betulnya. Pakej yang lengkap bagi kejahatan ibu mertua ialah menyebarkan fitnah. Paling kerap kita dengar, mak mertua buat cerita yang menantunya curang, mengandung anak haram.

Apa yang mertua tidak sedar ialah dia membuat fitnah yang sangat besar iaitu zina. Dalam masa yang sama ia memburukkan darah dagingnya sendiri sehingga orang lain memandang hina pada keluarganya.

Nauzubillah!

8. Mak Mertua Jenis Berkira

Mak mertua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit dari anda. Tak cukup dengan itu dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mertua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak. Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.

9. Mak Mertua Banyak Cakap

Kalau dapat yang banyak bagi nasihat takpe, ni dapat yang suka cakap keburukan menantu kat orang lain. Ni yang parah. Dapat mak mertua yang suka mengumpat ni memang payah. Hanya kerana lupa buang sampah sebab tergesa-gesa pergi kerja, habis sampai ke jiran dia canangnya.

Takde benda lain dia nak cakap selain mengutuk keluarga sendiri.

10. Mak Mertua Suka Pinjam Duit

Hari tu dah bagi, hari ni mintak lagi. Ada tak yang pernah kena dengan situasi ni? Bukan kedekut, tapi mak mertua ni habiskan duit kepada benda yang tak berfaedah langsung.

Contohnya, jiran ada sofa baru, dia pun nak, tapi duit takde. Makcik Senah ada pakai gelang emas penuh kaki. Dia pun tak nak kalah. Masalahnya, duit orang lain yang dikebas. Makcik Eton menantu dia bagi ribu riban setiap minggu.

Ha dia pun nak menantu dia bagi dia macam tu jugak. Sebab tu lah ada pepatah ‘Ukur baju di badan sendiri.’ Tak gitu?

11. Mak Mertua Cemburu Dengan Menantu

Ada mak mertua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang. Ada je tak kena. Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri. Cemburu bila tengok anak bermesra dengan isteri. Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya. Bila tengok menantu pakai baju lawa je dia pun nak.

Bila tengok ada kasut baru je dia pun nak beli. Siap 2, 3 pasang lagi. Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut. Kalau tak dapat siap perli-perli lagi. Memang ada ye mertua macam ni. Letih-letih.

12. Mak Mertua Ego

Teringat pulak dengan kisah kawan aku dengan mak mertua dia. Mak mertua dia business woman yang berjaya. So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan kononnya.

Haritu dia sampai lewat kat kedai mak mertua dia sebab ada urusan penting, mak mertua dia da macam kena histeria sebab marah sangat. Orang lain duk tengok je. Dia selalu tengok mak mertua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain. Tak habis dengan tu dia menghina kedudukan orang lebih rendah dari dia. Tu mak mertua ke hantu tu?

13. Mak Mertua Queen Control

Masaklah kau kalau dapat mak mertua macam ni! Aku ada baca luahan perasaan menantu perempuan ni. Dia dapat mak mertua queen control level 999! Bila tak mengandung lagi dia panggil tin kosong.

Siap bagi tempoh lagi kalau tak mengandung jugak suruh suami kahwin lain. Setiap kali kenduri kendara anak menantu dia wajib ikut dia. Tak ikut siap la kau! Tak cukup dengan tu, mak mertua selalu geledah barang dia. Tak tahu apa tujuan sebenar dia buat macam tu. Mungkin nak cari silap menantu.

Hah, boleh jadi gila kan dengan perangai hantu mak mertua macam ni.

Kesimpulan

Sekiranya anda mendapat mertua baik tu boleh la sujud syukur setiap hari. Tapi kan, kenapa selalunya mak mertua dengan menantu perempuan yang berperang? Kenapa tak dengan menantu laki? Ke sebab lelaki lebih cool. Aku tengok mat saleh kat luar negara tu rasanya takde huru-hara macam kita.

Atau sebab budaya?

Kat Malaysia memang turun temurun mentaliti anak perempuan kena pandai buat itu ini. Kalau suami kahwin lain isteri akan dipersalahkan sebab tak pandai jaga. Tapi jarang sangat orang tuding jari kat lelaki kalau lelaki tu buat salah. Bagi aku lelaki dia ada kuasa. Sebab itu mertua tak berani atau ambil port sangat dengan hal diaorang. Perempuan lebih lemah dan ada sifat kebergantungan, itu yang menjadikan mertua boleh pijak kita.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *