TINGGALKAN BURUK SANGKA DAN HASAD DENGKI, PERCAYALAH ..AMALAN BIASA-BIASA PUN MAMPU KE SYURGA

Dari Anas Bin Malik ia bertutur: ” Kami sedang duduk bersama Rasullullah S.A.W. Kemudian Baginda bersabda : Kini akan diperlihatkan kepada kalian seorang ahli syurga. Setelah itu Nabi memperlihatkan seseorang dari kalangan Ansar.

Dari janggutnya menitis air bekas wuduk dan sedang tangan kirinya menjinjing sepasang sandalnya. Keesokkannya Nabi S.A.W mengutarakan ungkapan yang sama dengan semalam, lalu diperlihatkan lelaki yang semalam dari kalangan Ansar. Pada hari ketiga, Nabi S.A W juga mengatakan sesuatu yang saya seperti dua hari sebelumnya, dengan memperlihatkan orang yang dalam keadaan sama dengan dua hari sebelumnya.

Rasa ingin tahu membuatkan  Sahabat Abdullah Bin Amr kemudian mendatangi rumah si Fulan. Ketika Sahabat Abdullah Bin Amr mengetuk pintu rumah si Fulan dan dibukakannya pintu itu, Sahabat Abdullah Bin Amr kemudian mengatakan bahawa dirinya saat itu sedang ada sedikit masalah dengan ayahnya dan berjanji tidak ingin menemui ayahnya sampai tiga hari kedepan dan kemudian meminta izin untuk menginap di rumah si Fulan selama tiga hari, dan si Fulan pun mengizinkan Abdullah Bin Amr untuk menginap di rumahnya tanpa bertanya apapun lagi kepada Sahabat Abdullah Bin Amr.

Selama tiga hari itu Sahabat Abdullah Bin Amr selalu meperhatikan setiap perbuatan si Fulan. Dan Beliaupun tidak menemukan suatu ibadah yang istimewa yang dilakukan oleh Fulan, sholat tahajud pun jarang Fulan lakukan, kecuali Fulan selalu berdzikir ketika tidurnya terganggu di tengah malam dan kemudian mengubah posisi tidurnya, dan inipun dilakukannya setiap fulan bangun tidur.

Setelah tiga hari Beliau menginap di rumah Fulan, sebelum pulang akhirnya Sahabat Abdullah Bin Amr menceritakan semuanya kepada Fulan, bahawa sebenarnya Beliau tidak bertengkar dengan ayahnya, dan keadaan baik-baik saja. Beliau juga bercerita bahawa Beliau melakukan ini semua kerana ingin tahu ibadah khusus apa yang Fulan lakukan sehingga Rasullullah menjaminnya masuk syurga dan Rasullullah katakan hal tersebut sampai tiga kali dan Beliau tidak mendapati Fulan melakukan ibadah khusus apapun selain dzikir tersebut.

Loading...

Dengan segala kerendahan hatinya fulan kemudian berkata

“Aku memang tidak punya amalan atau ibadah yang istimewa, aku hanya tidak mempunyai rasa benci, iri, dengki kepada semua orang”

Abdullah Bin Amr pun membalas jawapan itu dengan berkata : “Inilah amal yang dapat menghantarkanmu meraih sesuatu seperti yang disabdakan oleh Rasulullah S.A.W sedangkan aku tidak mampu”

Dari kisah ini kita kiranya dapat mengambil beberapa intisari yang dapat kita teladani diantaranya

Fulan ialah seorang Ahli Masjid

Latar belakang Hadits di atas ialah di sebuah masjid, ini berarti salah satu tanda ahli syurga ialah orang-orang yang memakmurkan masjid dengan segala aktiviti ibadah

Loading...

Fulan Selalu Khuznudzon / berbaik sangka

Perbuatan Fulan yang langsung mengizinkan Sahabat Abdullah Bin Amr menginap dirumahnya selama 3 hari tanpa ada rasa curiga sesuai dengan Al-Quran Surat Al Hujurat Ayat 12 yang ertinya

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani

Fulan bukan orang yang suka Tajazzuz (mencari-cari tahu)

Ketika mendengar cerita Sahabat Abdullah Bin Amr yang sedang bermasalah dengan ayahnya fulan tidak serta merta menanyakann dengan detail mengenai masalah yang dihadapi, ini adalah salah satu sifat fulan yang tidak suka tajazzuz

Fulan selalu bangun dalam keadaan Berdzikir

Dari kebiasaan fulan ini dapat dilihat bahawa Fulan juga merupakan orang yang terbiasa berdzikir dalam setiap perbuatannya

Loading...

Fulan Tidak berkata sesuatu yang sia-sia

Salah satu sifat fulan ialah dia tidak suka banyak berkata sesuatu yang tidak perlu

Fulan tidak memiliki sifat benci, iri, dengki kepada orang lain

hal ini seperti yang disampaikannya kepada Sahabat Abdullah Bin Amr

Mari sama-sama renungkan dan selamat beramal

Sumber dan olahan : Kepochi.co

 

Loading...