“Tak Payahlah Ada GST Ni Dato Seri,” Tanya Pak Nil Kepada Perdana Menteri… Apa Jawapannya?

“Tak Payahlah Ada GST Ni Dato Seri,” Tanya Pak Nil Kepada Perdana Menteri… Apa Jawapannya?

Pengacara Terkenal Datuk Aznil Nawawi akan mengacarakan rancangan baru iaitu Bicara Empat Mata yang bakal mengangkat martabaatnya dalam bidang pengacaraan.

Dalam rancangan itu, Datuk Aznil Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil akan bertemu secara empat mata dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu posting di Instagram miliknya, Pak Nil memuat naik gambar beliau bertemu perdana menteri di Dewan Tunku Ismail di PWTC, Kuala Lumpur.

Loading...

Menurut postingnya itu, Pak Nil turut berkongsi beberapa soalan yang diajukan kepada perdana menteri.

“Kenapa harga minyak banyak naik dari turun?”

“Tak payahlah ada GST ni,” tulis beliau.

“Tukaran mata wang ni buat kami lagi sukar Datuk Seri. Macam mana ni?” soalnya lagi.

Pak Nil turut bertanya soalan berkenaan Rumah Mampu Milik.

“Kos sara hidup makin tinggi ni Datuk Seri.

Loading...

“Kerajaan buka mata dan telinga tak pada resah kami?” soalnya lagi.

Bagi mengetahui jawapan itu,Pak Nil berkata mereka yang berminat perlu menonton program baru bual bicaranya.

“Banyak lagi #paknil timbulkan bila berdepan 4 mata dengan PM.

“Korang kena tonton program #Bicara4Mata akan datang,” tambah Pak Nil.

Sementara itu, mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menulis di Twitter miliknya mengulas soalan Aznil dan pertemuan dengan perdana menteri itu.

Loading...

“Terima kasih Aznil. Setiap hari saya terima rungutan yang sama dari rakyat Malaysia, dulu tidak pernah seteruk ini.

“Rakyat Malaysia dahagakan kebenaran. Saya nantikan jawapan dari @NajibRazak,” tulis mantan perdana menteri itu.

Sumber: Siakapkeli

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *