Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Jawapan Dari Ustaz Ini Buat Si Suami Terus Terdiam!…

Seorang Suami Mengadu Rezekinya Selalu Sempit, Jawapan Dari Ustaz Ini Buat Si Suami Terus Terdiam!… Sebenarnya Ramai Suami yang Macam Ni…!


Setiap hubungan yang dibina sudah pasti perlu diwangikan dengan kejujuran, keikhlasan dan iman untuk mendapat sebuah hubungan yang bahagia dan dirahmatiNya.

Selalu kita terdengar cerita ikatan perkahwinan merupakan satu asbab tuhan limpahkan rezeki kepada kita dan pasangan, tapi ada segelintir mendakwa apabila berkahwin kehidupannya makin sempit.

Kenapa ianya terjadi? sudah pasti ada salah dan silap yang kita lakukan atau tidak sedar.

Menulis di laman Facebook oleh Ustaz Ebit Lewdalm satu posting terbarunya membuatkan ramai suami bahkan isteri terkesan dengan penulisan beliau mengenai rezeki.

Beliau menulis kisah seorang lelaki yang mengadu rezekinya sempit, semuanya rasa tidak cukup, namun jawapan yang diberikan oleh Ustaz Ebit Lew ternyata membuatkan sang suami terdiam dan insaf.

Loading...

Jom kita baca, apa yang ditulis oleh beliau.

Seorang suami mengadu rezekinya asyik sempit. Semua serba tak cukup. Terasa dunia ni sempit. Dah usaha macam-macam. Semua cara dah buat. Hati pun resah dan rasa nak marah jer..kenapa yer ustaz?
Abang ada ibubapa lagi ke? Mak ayah saya dah tiada. Abang ada isteri tak? Ada ustaz. Saya ada 3 orang anak…

Saya beri 2 kunci rezeki dan ketenangan datang dalam hidup kita. Sayang dan jaga isteri dengan baik. Dan jaga solat. Sebelum mula kerja solat 2 rakaat. Nak buat apapun. Minta pada Allah dulu..

Dia diam termenung. Kemudian dia cakap betul ke rezeki kita ada kaitan dengan isteri. Jawab saya bagaimana keberkatan nak datang dalam hidup kita jika menyedihkan dan menyakitkan orang yang setia dan berkorban tinggalkan keluarganya untuk bersama kita..sangkaan dan isi hati mereka doa yang kuat untuk kita..

Silaturrahim asbab rezeki terbesar. Allah janji rezeki dan umur berkat dengan jaga silaturrahim dan menyambungkannya.

Jika kita sakitkan kucing atau tipu kucing pun kita akan rasa hidup ini tak tenang kerana kita sedang buat salah. Inikan pula isteri kita..

Loading...

Saya lihat dalam hidup ini semua orang yang bahagia dan berjaya bermula bila mereka bahagia bersama isteri mereka. Saat kita mula menipu, menyakitkan, menyusahkan pasangan, hidup jadi serba tak kena…

Cuba abang mulakan dengan buat baik terhadap isteri. Mencintai dan menghargainya..

Tak lama dia jumpa saya. Katanya ya Allah rezeki saya bertambah. Semuanya jadi mudah dan lapang. Hati saya tenang. Bila saya betulkan silap saya. Saya jaga hatinya dan hargainya. Saya buat apa yang dia suka..

Silaturrahim membuka pintu rezeki…inikan bersama isteri kita yang tercinta.

Dulu pernah seorang pekedai dia rasa kedainya dibuat orang. Kena sihir. Dah buat macam-macam. Tapi tetap rugi. Dia jumpa saya. Saya kata padanya abang ada buat buruk kepada isteri tak?

Jawabnya yer ustaz. Saya tipu isteri saya. InsyaAllah saya betulkan. Selepas itu rezekinya mencurah-curah..

Loading...

Ramai orang kaya raya hidupnya jadi sempit dan tak tenang kerana lupa diri dan menyakitkan hati orang tersayang amanah Allah.

Sebenarnya bersyukur dan menghargai ibubapa, isteri dan anak-anak itulah rezeki paling besar

Sumber: Siakapkeli

LEBIH ARTIKEL RUMAH TANGGA

Mula-mula suami isteri bahagia.. Pada awal perkahwinan, hidup susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Allah bagi kemurahan rezeki, perlahan-lahan taraf hidup makin baik, hinggalah menjadi mewah dan senang.

Lepas tu, suami jumpa perempuan lain, tertarik pula. Menyedari lelaki boleh poligami, suami pun mahulah berkahwin dengan orang baru. Isteri berasa tidak puas hati dan kecewa. Merasakan dikhianati dan pengorbanan menyokong suami dari susah sampai senang itu tidak dihargai. Tidak rela bermadu, minta diceraikan. Akhirnya hiduplah dia sebagai janda atau ibu tunggal, mengurus diri sendiri seorang diri, mengurus anak tanpa suami di sisi. Tidak lupa, berasa sangat benci dengan isteri baru bekas suami sebab telah merampas kebahagiaannya.

Masa berlalu, si janda ini pun mula rasa kesunyian, rasa kosong. Walaupun ada anak-anak jadi penyeri hidup, tapi tetap dalam hati ada ruang kosong yang anak-anak tidak boleh isi, hanya cinta dari seorang lelaki sebagai teman hidup boleh mengisinya.

Suami kahwin lagi dilabel curang? Tidak sekiranya anda membaca penjelasan ini

Si janda pun mulalah kenal lelaki2 baru di sekelilingnya, dan lelaki-lelaki pun ada yang datang memikat hatinya.. Tetapi tahu-tahu semua lelaki yang dikenalinya itu sudah pun beristeri. Akhirnya, menyedari diri ini tidak mampu hidup solo selama lamanya serta menyedari dalam urusan hidup ada perkara yang dia perlukan sentuhan lelaki, akhirnya dia membuka hati dan minda, tidak kisahlah sama ada lelaki bujang ataupun sudah beristeri, asalkan lelaki itu boleh jadi suami yang soleh buatnya, bertanggungjawab, dia sedia menerima. Akhirnya, dia kahwin dengan suami orang.

Namun, tahu-tahu isteri pertama si suami baru ni pula tidak puas hati, sebab si janda ini telah merampas suaminya dan dia pun dibenci oleh isteri pertama ni. Label perampas yang asalnya dia beri kepada isteri baru bekas suami, kini kena pada dia pulak.

Isteri pertama suami baru ni pun, minta cerai juga. Dan cerita ini berulang-ulang lagi hingga kiamat.

Wahai para wanita, renungkan kisah di atas. Ajarlah diri anda menerima sesuatu menurut neraca agama, bukan emosi anda.

Jika suami nak kahwin lagi, jangan halang dia, kerana hakikatnya dia akan membela nasib kaum sejenismu juga, yang sama macam kamu juga dambakan belaian kasih lelaki bernama suami. Kamu merasa dirampas sebab itu emosi kamu yang tamak, merasakan suami hak milik mutlak kamu. Lupa bahawa suami adalah milik Allah, yang takdir jodoh dan rezekinya adalah ketentuan Allah.

“Curang?”

Apa itu curang? Suami nak kahwin lagi, ia halal. Ia bukan kejahatan. Kenapa nak kata curang? Dan untuk kahwin lagi, dia kena mencari calon. Untuk cari calon, dia kenalah mendekati perempuan, berkenalan. Dan untuk boleh kahwin, kenalah ada rasa cinta. Sama sahaja prosesnya dengan waktu dia nak kahwin dengan kamu dulu. Kalau perbuatan suami mendekati perempuan lain dengan tujuan nak kahwin, iaitu niat yang halal dan baik, kenapa pula nak kata dia curang?

Curang itu definisi yang emosi tamak kamu sendiri yang buat. Ia tiada didefinisikan dalam agama.

“Curang pada anak?”

Kamu ada anak pertama. Kamu sayang dia sepenuh hati. Tapi, kamu masih nak ada lagi anak kedua dan seterusnya. Adakah itu bermakna kamu telah kurang sayang anak pertama? Bosan dengan anak pertama? Anak pertama dah tak comel? Anak pertama tak cukup membahagiakan? Kenapa masih nak anak kedua dan seterusnya?

Kemampuan? Miskin macam mana pun kamu, tetap nak tambah anak tanpa ragukan kemampuan kamu, kononnya yakin dengan rezeki Allah. Bukan prinsip yang sama juga bila suami nak tambah isteri?

Nak tambah anak, kamu yakin Allah bagi rezeki. Tapi suami nak tambah isteri, kamu persoalkan kemampuannya pula sedangkan rezeki isteri kedua tu pun Allah yang pemberinya. Di mana keyakinan kamu wahai wanita?

Sumber: Kisah Rumah Tangga

 

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *