Mengapa Kita Menyambut Hari Jadi Dengan Kek Bulat dan Tiupan Lilin? Inilah Asal Usulnya…

Mengapa Kita Menyambut Hari Jadi Dengan Kek Bulat dan Tiupan Lilin? Inilah Asal Usulnya…

Mengapa kita mesti mempunyai kek dan meniup lilin semasa sambutan hari jadi? Tahukah anda apakah sejarah dan asal-usul yang membuatkan perayaan hari lahir disambut dengan menggunakan kek dan tiupan lilin?

Untuk menjawab persoalan itu, kita perlu melihat balik sejarah lama beribu tahun lamanya.
Asal usul mengapa lilin diletak atas makanan
artemis dewi penjaga bulan pujaan greek

Salah satu teori paling popular berkenaan upacara meniup lilin ini bermula daripada zaman Greek di mana masyarakat pada itu, gemar meletakkan lilin di atas kek berbentuk bulat demi menghormati Artemis, Dewi penjaga bulan. Ini berdasarkan rekod-rekod tulisan lama catatan ahli sejarah Greek bernama Philochorus.

Masyarakat Greek pada ketika itu tidak meraikan hari lahir mereka tetapi meraikan hari lahir Aretmis. Kek yang dibuat berbentuk bulat dan disalut dengan madu untuk memaniskannya.

Loading...

Kek itu diletakkan lilin di atasnya bagi membuatkan kek tersebut bercahaya sama seperti bulan yang sedang mengambang. Masyarakat ketika itu juga percaya yang asap merupakan satu cara berhubung dengan Tuhan mereka kerana asap dikatakan dapat menjadi perantaraan permintaan manusia dengan Tuhan mereka pada masa itu, jadi berkemungkinan besar perbuatan ‘make a wish’ yang diamalkan orang bukan Islam, berpunca daripada tabiat ini.
Tradisi Kinderfest Jerman
kinderfest di jerman

Pada abad ke 18, tradisi menyambut kek dengan lilin ketika hari jadi dipopularkan di Jerman menerusi satu upacara yang dinamakan Kinderfest. Pada 1746, Count Ludwig Von Zinzendorf mempopularkan sambutan hari jadi beliau secara besar-besaran dengan memasak kek yang besar lalu dipacakkan lilin-lilin di atas kek tersebut mengikut tahun ulang tahun beliau ketika itu.

Kek pada waktu itu akan dihiasi dengan manisan-manisan berbentuk bunga yang akan mencantikkan lagi kek tersebut. Walaupun begitu, ketika itu hanya golongan berkemampuan yang mampu membeli barangan-barangan pembuatan kek. Hanya beberapa puluh tahun kemudian, barangan pembuatan kek serta bahan-bahannya menjadi lebih murah menyebabkan kek semakin mudah untuk dibuat atau diperolehi.

Bermula pada abad ke 18, tatacara sambutan Kinderfest yang telah lama dimulakan di Jerman mula diterima masyarakat dunia, yang menjadi permulaan kepada sambutan hari jadi yang kita boleh lihat sekarang. Dalam acara Kinderfest, kanak-kanak yang dirasikan akan diberikan kek dengan lilin mengikut jumlah umurnya dan ditambah dengan sebatang lilin lagi sebagai simbol dia sihat lagi pada tahun berikutnya.

Kinderfest mempopularkan semula tradisi meniup lilin dan membuat permintaan yang telah sekian lama tidak diamalkan.
Kesan buruk tradisi sambutan hari jadi
tiup lilin pada kek

Walaupun tradisi meniup kek diteruskan sehingga sekarang, perbuatan meniup kek merupakan satu perbuatan kurang elok. Dalam satu kajian Journal of Food Research, apabila seseorang meniup kek meningkatkan kadar bakteria atas kek sebanyak sebanyak 1400%.

Loading...

Walaupun begitu, ada juga peserta kajian yang meniup hampir 120 kali lebih bakteria pada kek. Ada peserta yang langsung tidak meniupkan sebarang bakteria dalam kajian itu.

Anda mungkin geli geleman dengan hasil kajian ini tetapi harus diberitahu, jumlah bakteria yang dipindahkan walaupun banyak tidaklah mampu menyebabkan penyakit berpindah. Seseorang itu boleh meniup lilin pada kek sebanyak 100 ribu kali pun, kadar terkena serangan penyakit adalah sangat minima.
Kenapa ada lagu ‘Selamat Hari Jadi’?
isu la me lagu hari jadi

Lagu rasmi yang kita nyanyikan dan dipadankan dengan pelbagai jenis bahasa perbualan kita itu bukanlah lagu yang bertajuk ‘Happy Birthday.’

Lagu ‘Happy BIrthday’ yang kita nyanyikan itu berasal daripada sebuah lagu bertajuk ‘Good Morning to All’ yang dicipta oleh dua orang adik beradik, Patty dan Mildred Hill yang diteribitkan pada tahun 1893. Pada tahun 1924, lagu ‘Happy Birthday’ menggunakan melodi yang sama dengan ‘Good Morning to All’ diterbitkan dalam sebuah buku tulisan Robert H.Coleman.

Lagu tersebut mula popular selepas Coleman menerbitkan semula lagu tersebut dalam buku ‘The American Hymnal’ dengan tajuk ‘Happy Birthday’ pada tahun 1933 lalu menjadi tradisi masyarakat dunia untuk menyanyikannya ketika menyambut hari lahir.

Apa yang menarik, pencipta asal lagu ‘Good Morning to All’ telahpun menjual hak cipta kepada penerbit buku mereka dan pada tahun 1988, Warner Music membeli hak cipta lagu tersebut dan mula mengenakan bayaran royalti kepada mana-mana persembahan lagu ‘Good Morning to All’ atau ‘Happy Birthday.’

Loading...

Hanya pada bulan Februari 2016, mahkamah menolak permohonan Warner untuk terus mengutip royalti sebanyak RM8.8 juta setahun yang diperolehi hasil pelesenan lagu tersebut dan kini, lagu tersebut menjadi hak milik orang ramai.

Rujukan

Sumber: Iluminasi

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

KISAH PELAJAR GENIUS YANG BOLEH DIJADIKAN IKTIBAR

Malaysia sememangnya dikenali dengan beberapa orang rakyat yang dilahirkan secara semula jadi sebagai seorang yang genius atau mempunyai kepintaran luar biasa. Namun, nasib hidup mereka bukanlah seindah yang disangkakan. Mari kita selami sedikit-sebanyak kisah 5 pelajar genius kelahiran Malaysia yang sungguh menyayat hati.
1. Sufiah Yusof
sufiah yusof wanita genius malaysia

Siapa tidak mengenali genius Matematik kelahiran United Kingdom ini? Dilahirkan pada tahun 1984, Sufiah pertama kali mencuri tumpuan dunia pada tahun 1997 apabila berjaya masuk ke Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mempelajari bidang matematik pada seawal umur 13 tahun.

Biarpun berwarganegara British, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah. Ternyata, kisah silam bapanya yang berketurunan Pakistan, disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkaitan gadai janji sama sekali tidak menjejaskan reputasi Sufiah. Ini kerana keturunan ibunya yang beragama Islam telah menyebabkan rakyat Malaysia memandang tinggi dengan keupayaan luar biasa yang dimilikinya.

Berikutan tekanan dan masalah rumahtangga, Sufiah dua kali tersungkur dan akhirnya nekad berhenti belajar pada tahun ketiga di universiti berprestij itu. Beliau juga pernah berkahwin ketika berusia 19 tahun, namun kemudiannya bercerai.

Sejak itu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan sebuah video dimana Sufiah membuat pengakuan yang dirinya mula terlibat dengan kegiatan pelacuran berikutan kesempitan hidup yang dialaminya. Oleh itu, kerajaan Malaysia telah melancarkan “Program Menyelamatkan Sufiah” untuk membawanya kembali ke pangkal jalan, tetapi tidak lama selepas itu menghentikannya atas faktor-faktor tertentu.

Menerusi temuramah dalam sebuah program televisyen terkenal, Nona pada tahun 2015, Sufiah menjelaskan bahawa kehidupanya kini agak kucar-kacir kerana terpaksa berpindah-randah di bandar-bandar yang berbeza di Britain. Ini adalah bagi melarikan diri serta mengelakkan dari diburu oleh pihak media di sana. Beliau bagaimanapun telah meninggalkan kancah pelacuran.

2. Shukri Hadafi
shukri hadafi lelaki genius malaysia

Mohamed Shukri Hadafi Aziz merupakan kanak-kanak pintar yang pernah menggemparkan negara sekitar tahun 1980-an. Pada usia semuda tiga tahun, beliau telah mampu membaca suratkhabar dengan lancar seperti orang dewasa. Shukri merupakan anak kepada Aziz Kechik, seorang peneroka di Felda 12, Jengka, Pahang. Selepas itu, pasangan suami isteri yang tinggal di Merbau Pulas, Kedah telah mengambil beliau sebagai anak angkat.

Malah, kepintaran Shukri ini telah berjaya menarik perhatian Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz dan turut menggambil Shukri sebagai anak angkatnya. Barangkali mahu menjadikan Shukri sebagai pelapis yang hebat sepertinya, Ungku Aziz telah menanggung segala perbelanjaan bagi keperluan pembelajaran demi memastikan Shukri mendapat pendidikan yang lebih baik.

Selain itu, pengarah filem terkenal, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin pada ketika itu juga telah mengambil beliau berlakon dalam filem Menanti Hari Esok disamping penghibur tanah air terkenal seperti Noor Kumalasari, DJ Dave dan Uji Rashid.

Bagaimanapun, kelebihan yang dimiliki Shukri menyebabkan beliau lupa daratan dan lalai dengan masa hadapannya. Oleh sebab masalah disiplin yang berterusan, akhirnya beliau telah dibuang sekolah.

Pada tahun 1990-an, rakyat sekali lagi dikejutkan dengan berita penemuannya yang bekerja sebagai penebar roti canai. Malah, terdapat desas-desus mengatakan beliau terjebak dengan najis dadah.
3. Chiang Ti Ming
chiang ti ming individu genius malaysia

Chiang Ti Ming merupakan pelajar termuda di California Institute of Technology (CalTech). Seawal umur 15 tahun pada ketika itu, beliau juga berada dalam kalangan “Top 5%″ yang mendapat keputusan terbaik.

Bukan itu sahaja, Chiang turut berjaya menjadi pelajar termuda yang menerima “Anugerah Merit Pelajar Sarjana Muda” selama dua tahun berturut-turut di institut berprestij tersebut.

Malah, Chiang juga merupakan ahli kehormat Tau Beta Phi, iaitu sebuah persatuan kejuruteraan kebangsaan. Pada usia 13 tahun, beliau juga telah diterima untuk belajar di tahun kedua bagi kos ijazah Fizik selama empat tahun di universiti berkenaan pada tahun 1989, selepas menerima tajaan daripada beberapa organisasi.

Disebabkan kepintarannya yang luar biasa itu, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam bidang fizik zarah di Universiti Cornell, New York.

Pada tahun 2002, Chiang telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas disyaki mengalami gejala kemurungan dan tekanan perasaan yang amat teruk. Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 6 Januari 2007 di Seremban pada usia 33 tahun.
4. Nur Fitri Azmeer Nordin
nur fitri azmeer nordin pelajar genius malaysia

Pada tahun 2015, Malaysia sekali lagi digemparkan dengan berita penangkapan seorang pelajar genius Matematik tajaan MARA bernama Nur Fitri Azmeer Nordin kerana memiliki 30,000 gambar lucah kanak-kanak, dimana di antaranya yang diambil oleh beliau sendiri. Beliau kemudiannya telah dijatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun di United Kingdom kerana kesalahan terbabit.

Nur Fitri memulakan pengajiannya di Imperial College sejak  tahun lalu. Pihak Polis Metropolitan berjaya mengesan aktiviti tidak bermoral Nur Fitri itu selepas menemui satu akaun internet miliknya sendiri yang telah memuat turun ribuan video dan imej lucah kanak-kanak.

Pada November 2014, pihak polis telah bertindak menggeledah kediamannya di Queensborough Terrace, West London, sebelum menemui komputer riba kepunyaan Nur Fitri yang masih terbuka bersebelahan sebuah patung kanak-kanak.

Ketika ditahan, polis turut mendapati Nur Fitri memiliki 601 buah video dan imej lucah Kategori A iaitu kategori penyalahgunaan yang melibatkan aktiviti seksual kanak-kanak, serta ratusan bahan lucah kategori lain iaitu B dan C.

Lebih mengejutkan, menurut laporan daripada akhbar Huffingtonpost, pihak MARA tidak mengambil tindakan tegas terhadap pesalah ini. Malah, MARA sanggup menawarkan biasiswa kepada Nur Fitri bagi meneruskan pengajiannya di universiti tempatan sebaik beliau tamat tempoh hukuman penjara. Alasan yang diberikan ialah Nur Fitri merupakan seorang pelajar contoh dan aset berharga negara kita.

Hukuman penjara Nur Fitri akhirnya diringankan kepada 9 bulan sahaja, atas sebab surat sokongan pensyarah, laporan psikiatri dan kelakuan baik.

5. Adi Putra
adi putra manusia genius malaysia

Hampir sedekad yang lalu, Malaysia dikejutkan dengan kemunculan seorang kanak-kanak genius Matematik, Adi Putra yang mampu menyelesaikan pelbagai masalah dalam subjek tersebut seperti algebra, indeks dan trigonometri.

Biarpun baru berumur 6 tahun pada waktu itu, pemilik nama sebenar Adi Putra Abdul Ghani mengakui kepintaran luar biasa yang dimilikinya itu adalah kurniaan Allah untuknya. Beliau dinobatkan sebagai Ahli Matematik Islam abad ke-21 oleh Universiti Riau di Indonesia pada tahun 2009.

Selain itu, Adi juga telah menghasilkan 235 formula Matematik dan 12 daripadanya telah diterbitkan dalam sebuah buku berjudul “Seni Matematik Islam”. Lebih membanggakan, buku tersebut juga telah digunakan sebagai rujukan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah di negara Brunei. Namun, ia tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia.

Beberapa tahun selepas itu, ramai pihak mula bimbang apabila Adi Putra nekad untuk berhenti belajar di Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak kerana menyifatkan sistem pendidikan yang disediakan tidak sesuai dengannya. Beliau mengibaratkan dirinya seperti ‘kereta Ferrari yang dipandu seperti kereta Kancil’.

Perkara tersebut menyebabkan beliau tidak mendapat sebarang sijil, sekaligus gagal untuk memasuki sebarang universiti terbaik luar negara. Namun, Adi Putra masih lagi menjadi ‘permata’ negara dan sering memberikan ceramah di sekolah dan universiti tempatan. Malah, beliau juga dijemput untuk menjadi tenaga pengajar di University of Brunei Darussalam bagi berkongsi kepakarannya tentang ilmu Matematik.

Rujukan & sumber imej:

soscili

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *