Kisah Sejadah Kuning Dan Sultan Kelantan Yang Begitu Popular!…

Kisah Sejadah Kuning Dan Sultan Kelantan Yang Begitu Popular!…

Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Loading...

Ketika beri’tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar ‘Sultan’ bagi Negeri Serambi Mekah.

Loading...

Jika dahulu semasa bergelar ‘Raja Muda’ baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar ‘Sultan’ baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.

first time dlm malaysia pintu istana dibuka utk rakyat jelata bukan utk menerima anugerah, tapi utk menyembah Raja kpd segala raja.

SUMBER : http://hakaluka.blogspot.my/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

Dera Kanak-kanak Di Taman Asuhan

Manusia seolah-olah tidak lagi mempunyai rasa kemanusiaan dan kasih sayang.

Loading...

Seperti kisah sebenar yang berlaku di Vietnam ini.

Sepasang pengasuh yang bekerja di daycare atau taman asuhan kanak-kanak di Vietnam, ditangkap oleh polis setelah gambar mereka mendera kanak-kanak kecil yang ada di sana. Kejadian itu dirakamkan oleh kamera dan benar-benar menghiris hati. Meski mereka adalah seorang pengasuh, namun mereka tak memahami bagaimana cara mengasuh kanak-kanak.

Kanak-kanak yang cerewet adalah pekara yang lumrah, namun kesabaran mereka berdua seperti tidak mampu membendung karenah kanak-kanak ini. Misalnya apabila anak-anak cerewet untuk makan, Le Thien Ly dan Le Thi Dong Phuong, mengaku bahawa mereka terpaksa memaksa. Namun yang kelihatan di dalam video rakaman itu konon lebih dari sekadar ‘memaksa’ makan.

Kanak-kanak ini hinggakan menangis dan takut kerana mereka melayan anak-anak dengan cara yang kejam, Yang lebih memilukan adalah sebuah rakaman video menunjukkan bahawa salah satu di antara pengasuh ini memasukkan kepala anak-anak ke dalam tab air dengan paksa.

 

Sungguh sedih mengetahui bahawa kanak-kanak ini berada di bawah pengasuh yang tidak amanah. Membuatkan ramai ibu jadi was-was untuk menempatkan anak-anak mereka di taman asuhan kanak-kanak atau baby daycare. Apatah lagi setelah mereka melihat video yang mengerikan itu.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *