Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid!…

Kerana Terlalu Taksub Dengan Ilmu Kebal, Pelajar Melecur Teruk Selepas Guru Mengarahkan Tangan Mereka Disimbah Asid!…


Ilmu kebal, ilmu hitam dan sihir yang menjadi amalan seseorang dengan dibantu oleh makhluk halus atau jin sehingga hari ini dikatakan masih lagi wujud dan diamalkan oleh sesetengah orang. Walau bagaimanapun, mungkin masih ada yang tidak mempercayai kewujudan perkara sebegini.

Sebenarnya, ilmu-ilmu sedemikian yang dikatakan ajaran sesat atau mengarut itu masih lagi ada yang mempercayainya malahan turut mengamalkan dengan niat dan tujuan tertentu yang biasanya melibatkan ilmu pertahanan diri dan juga sebab-sebab lain yang tidak diketahui.

Terbaru, segelintir masyarakat dari Indonesia mendakwa bahawa dengan mengamalkan Debus iaitu sejenis ilmu hitam tradisional yang dikatakan jika diamalkan dengan betul mampu memberikan kelebihan kepada si pengamal dengan kekebalan diri dengan bantuan jin, lapor Coconuts Jakarta

Debus dipercayai mampu menyelamatkan si pengamalnya daripada sebarang kecederaan fizikal dan kerana itulah sehingga kini amsih ada yang turut mengamalkan ilmu tersebut yang kononnya mampu memberikan kekebalan yang menarik perhatian ramai untuk menguasai ilmu hebat berkenaan.

Loading...

Perkara ini telah menarik perhatian tujuh orang lelaki daripada Tangerang, Indonesia yang turut ingin menguasai ajaran tersebut dan cuba untuk mempelajarinya daripada seorang guru di Kampung Rawa Kopi.

Guru tersebut dikatakan ingin menguji anak muridnya dan ingin melihat sejauh mana penguasaan ilmu tersebut dari anak-anak muridnya. Lalu, dia mengarahkan anak muridnya itu membasuh tangan menggunakan asid dengan tujuannya yang kononnya untuk melihat kebolehan mereka menggunakan ilmu Debus yang telah dipelajari.

Dek kerana teruja dan tidak menyedari tentang ajaran tersebut adalah sesuatu yang karut, tangan kesemua lelaki berkenaan didapati telah melecur teruk selepas dijirus asid ke tangan mereka untuk diuji.

Kejadian yang mengejutkan itu telah menyebabkan tujuh orang lelaki berkenaan akhirnya dikejarkan ke hospital disebabkan melecur teruk serta memerlukan rawatan perubatan moden dengan kadar segera untuk merawat luka yang dialami mereka.

Loading...

Menurut Ketua Polis Tangerang, Harry Kurniawan, “daripada ketujuh-tujuh orang lelaki terbabit, dua daripada mereka telah dikeluarkan daripada hospital,” katanya.

Walau bagaimanapun, guru yang mengajar ilmu kebal itu dikatakan telah menghilangkan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini gagal dikesan apabila beliau tiada lagi di kampung tersebut.

Berikutnya adalah rakaman video persembahan seni mempertahankan diri Debus di Banten, Indonesia.

Semoga kejadian ini telah menjadi pengajaran dan contoh kepada mereka di luar sana yang begitu taksub dengan ajaran, ilmu-ilmu atau amalan-amalan yang mengarut sedemikian sehingga memesongkan akidah dan tidak berlandaskan ajaran agama Islam yang disifatkan sebagai perbuatan syirik.

Sumber: https://mediamaklumat.com

Loading...
Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *