Kalau Pasangan Anda Kuat Cemburu, Suruh Dia Baca 8 Nasihat Paling ‘Win’ Ini Agar Dia Segera Insaf!

Kalau Pasangan Anda Kuat Cemburu, Suruh Dia Baca 8 Nasihat Paling ‘Win’ Ini Agar Dia Segera Insaf!

 

Cemburu sedikit-sedikit itu bagus, tandanya hati ada rasa sayang. Tapi kalau cemburu sampai membuat perhubungan berantakan, patutkah anda membiarkannya?

CEMBURU boleh ‘memusnahkan’ hubungan termasuk ikatan perkahwinan, juga persahabatan yang akrab. Jika anda dapat ‘melihat’ tanda-tanda cemburu pada peringkat awal, pasti ada cara yang boleh diambil bagi memastikan perasaan negatif ini daripada merosakkan kehidupan anda pada lembar yang seterusnya.

Ini Cara-cara Menangani Rasa Cemburu Untuk Kekalkan Perhubungan

Loading...

TIPS 1

Jika pasangan anda mulai berasa cemburu, anda disaran agar jangan terbawa-bawa dengan situasi ini. Pada mulanya mungkin anda tertarik dengan perhatian si dia yang bertanya itu ini kerana memikirkan yang dia mengambil berat akan diri anda.

 

Namun lama-kelamaan anda mula menyedari bahawa dia seolah-olah mahu menyiasat segala gerak langkah anda, malah lebih buruk lagi apabila dia mahu anda menerangkan di mana anda berada dan siapa yang anda temui. Jika anda terbawa-bawa dengan situasi begini dan menjawab sekadar untuk menyakitkan hatinya, ini seakan menyimbah petrol ke atas api cemburunya itu. Elakkan daripada sama-sama ‘karam’ dalam perbincangan ini, sebaliknya bawa berbincang dengan baik.

 

TIPS 2

Loading...

Belajar untuk menerima bahawa pasangan anda bukan sengaja membuatkan anda berasa cemburu – mungkin dia ada masalah besar dan dia ingin berkongsi dengan orang yang dipercayai selain diri anda. Dia bukan menggatal tau! Jadi, cuba faham situasi yang dihadapinya.

 

TIPS 3

Gunakan semua peluang yang ada untuk membina semula keyakinan si dia terhadap anda. Beri dia pujian jika itu boleh membantu, minta pendapatnya jika anda mahu dan tunjukkan kasih sayang anda pabila anda memang jatuh cinta dengannya. Tunjukkan kepadanya betapa anda mencintainya biarpun ketika dia gagal, dan ketika dia berasakan dirinya tidak sempurna.

 

TIPS 4

Loading...

Elakkan menjalin hubungan mesra dengan lelaki lain semata-mata untuk melupakan si dia. Ini hanya akan membuatkan situasi menjadi lebih parah. Apa yang si dia amat perlukan adalah ‘keselamatan’ dalam perhubungan terjamin dan kesinambungan dalam perhubungan yang dijalin.

 

TIPS 5

Cuba untuk berbicara secara bersemuka dengan pasangan anda mengenai perasaan cemburunya itu. Ambil perhatian atas apa jua yang diperkatakan dan belajar untuk mengatasi rasa cemburu si dia.

 

TIPS 6

Jika anda sudah mencuba segalanya dan pasangan anda masih dengan sikap kuat cemburunya itu, sesi kaunseling mungkin jalan terbaik sebelum anda memutusakan untuk meneruskan ataupun memutuskan perhubungan.

 

TIPS 7

Mula belajar menerima bahawa rasa cemburu itu adalah masalah diri sendiri dan menjadi tanggungjawab anda untuk mengatasinya. Tidak ada orang lain yang boleh membuatkan anda berasa cemburu melainkan diri anda sendiri.

 

TIPS 8

Melihat pasangan anda sebagai individu yang ada hak terhadap dirinya. Terima dia seadanya jika anda mahu hubungan ini berjalan dengan baik. Dia boleh menjalinkan hubungan dengan orang lain atau kekal setia dengan anda, tetapi hakikatnya dia yang lebih berhak untuk membuat pilihan. Walaupun sakit hati, sekali anda menghormati pendiriannya, juga dirinya, akan terbuka jalan buat anda menyelesaikan masalah cemburu yang dihadapi. Cubalah!

Sumber:intrend.com.my

.

.

.

Kenapa si suami sanggup pijak isteri sendiri sampai mati?

Seriau pulak rasanya bila terbaca satu berita dalam suratkabar semalam. Seorang wanita yang bekerja sebagai kerani akaun di salah sebuah hotel di Klang mati dipijak suami sendiri!

Doktor yang merawat wanita tu sendiri cakap dia tak pernah lagi lihat kecederaan yang sedahsyat itu pada tubuh badan seorang wanita. Banyak organ dalaman wanita tu hancur katanya! Pengalaman saya sendiri pun biasanya pesakit yang datang dengan organ yang hancur ini disebabkan kemalangan je. Tu pun biasanya satu dua organ dalaman saja yang hancur disebabkan impak kemalangan yang kuat.

Saya pun carilah lagi kes pembunuhan isteri oleh suami sendiri. Ya Allah! Banyaknya! Tetapi yang paling menyayat hati adalah:

• 15 April 2009
Si isteri ditikam mati oleh suaminya yang bekerja sebagai posmen lepas isterinya cuba tuntut cerai. Si suami dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

• 17 April 2012
Si isteri mati ditindih dan dicekik suami sendiri hanya kerana bergaduh tentang surat saman. Si suami akhirnya dihukum 12 tahun penjara.

• 25 Mei 2016
Si isteri mati dibakar suami sendiri. Kejadian berlaku kat area Seberang Perai, Pulau Pinang. Si suami yang kejam ini dijatuhi hukuman mati.

• 26 Julai 2016
Si isteri dibunuh di sebuah rumah flat di Sentul, Kuala Lumpur oleh suaminya sendiri yang bekerja sebagai juruteknik air-cond.

Semua kes ini buat hati saya jadi hiba sangat. Bayangkan cinta dua jiwa yang diikat oleh sebuah ikatan perkahwinan akhirnya berakhir dengan pembunuhan. Sebab itulah saya selalu nasihat member lelaki saya. Tolonglah belajar dulu sifat dan psikologi perempuan sebelum berkahwin. begitu juga perempuan, tolonglah belajar dan amik tahu sifat dan psikologi lelaki. Barulah komunikasi antara pasangan akan lancar dan sikap saling berburuk sangka boleh dielakkan.

Kali ini saya nak bagi tips untuk Kaum Adam dulu ye. Untuk Kaum Hawa saya akan ajar di artikel yang berikutnya. Sebelum kahwin, yang lelaki sepatutnya dah tahu bahawa perempuan ni:

Emosinya boleh berubah tanpa amaran. Lebih-lebih kalau tengah kena Pre-Menstrual Syndrome. Masa inilah si wanita akan tiba-tiba kena mood swings. Masa ini jugalah mereka akan tiba-tiba mengalami kesedihan dan depresi tanpa sebab yang jelas
Wanita sangat suka dipuji pasangan sendiri. Kadang-kadang itu si suami kenalah ambil masa untuk puji masakan dan penampilan si isteri. Isteri yang tak reti masak tiba-tiba boleh bertukar jadi Master Chef bila diberikan galakan dan pujian oleh suami sendiri
Wanita sukakan lelaki yang boleh melindungi. Tak kiralah daripada segi fizikal, emosi ataupun kewangan. Sebab itu lelaki jangan emosi tak tentu pasal kalau perempuan tanya bab duit. Kebanyakan wanita bukan materialistik tetapi mereka nak suami yang boleh menjaga makan minum mereka dan anak-anak dengan baik
Wanita ini bila marah diorang akan membebel. Kadangkala menyakitkan hati tapi sebenarnya diorang tak maksudkan pun apa yang mereka bebelkan tu. Sebab itu lelaki tak boleh ambil hati sangat dengan bebelan wanita. Banyakkan senyum dan angguk je bila diorang membebel ye
Wanita mempunyai kebolehan untuk mengingati hal-hal yang dianggap remeh bagi lelaki. Contohnya tarikh ulangtahun perkahwinan, nombor telefon Wow Shop, berat badan lahir ( birth weight ) anak anak, tarikh harijadi anak-anak dan lain-lain

Sebenarnya banyak lagi sifat istimewa seorang wanita. Kita yang lelaki ini janganlah pula mengeluh sebab susah nak faham wanita. Memang wanita ini dicipta untuk melengkapi sifat lelaki. Lelaki kan cepat bosan sebab itulah Tuhan ciptakan wanita ini susah difahami. Jadi si suami itu akan sentiasa merasa tercabar untuk memahami sifat pendamping hidupnya itu sampailah ke akhir hayat si dia.

P/ S : Indahnya hidup jika saling memahami, kan? Jangan lupa kongsikan ilmu ini pada semua lelaki yang korang kenal ye. Tak kisahlah ayah ke suami ke abang ke. Bagi saya semua lelaki kena tahu ilmu berkaitan wanita ini. Barulah hidup berumahtangga makin harmoni, indah dan menceriakan.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *