JATUH CINTA DALAM BAS SEKOLAH..KISAH CINTA WANITA INI JADI INSPIRASI..

Jodoh pertemuan semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Memang sangat indah apabila pasangan yang kita kenali sejak dari bangku sekolah adalah jodoh kita.

Melalui laman FB Adiba Syahirah Yuhanif, wanita ini memang tidak sangka bas sekolah menjadi titik permulaan hubungan sehinggalah mereka berkahwin. Mula bercinta sejak tingkatan 1 ada orang kata hanyalah cinta monyet.

Tidak bagi pasangan ini yang masih kekal setia bersama. Lumrah zaman persekolahan sudah pasti ada waktu nakal tetapi apabila usia sudah meningkat dewasa akhirnya masing-masing sudah faham akan tanggungjawab dan saling melengkapi.

Berikut adalah perkongsian penuh yang ditulis di dalam laman Facebook miliknya yang sehingga kini dikongsi lebih 2 ribu kali.

Kisah kita bermula jatuh cinta dlm bas sekolah

Loading...

Ehhh, rasa mcm baru semalam naik bas sekolah sekali kan sayanggg kan Dari form 1 start couple, org kata masuk2 sekolah menengah terus tangkap, skrg dah kena gari pun

Walaupun dulu dua dua perangai tak berapa elok, Alhamdulillah masing2 berusaha ubah sikap & saling melengkapi

Terima kasih utk segalanya Suamiku

#DuluComot #SekarangDahSegak #CintaDIFI #TillJannah

Rata-rata netizen agak teruja dengan cinta mereka dan ada yang menjadikan hubungan mereka ini sebagai contoh kepada pasangan masing-masing yang tengah bercinta. Malah ada juga pasangan yang berkongsi kisah cinta mereka dari sekolah lagi. Semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga anak cucu.

Loading...

Sumber : Siakapkeli
First Appear On Online News Malaysia

Loading...