Inilah Sejarah Mengapa Kita Mengamalkan Pemakaian Tali Leher Yang Ramai Tak Tahu!… Baca Dan Kongsikan…

Inilah Sejarah Mengapa Kita Mengamalkan Pemakaian Tali Leher Yang Ramai Tak Tahu!… Baca Dan Kongsikan…

Kenapa kita memakai tali leher?

Ada sesiapa tahu apakah kegunaan sebenar tali leher yang tidak punya apa-apa fungsi pada pakaian kita? Sejarah tali leher juga sebenarnya tidak pernah menyatakan sebarang fungsi keperluan pemakaian tali leher, melainkan hanya atas sebab fesyen semata-mata.

Terdapat pelbagai kisah berkenaan asal-usul tali leher seperti pengikat yang dipakai oleh askar Terra Cotta pengawal Maharaja Shih Huang Ti atau pakaian askar yang bertugas di Rom ketika zaman Empayar Trajan, namun sejarah tali leher yang kita pakai sekarang bermula pada kurun ke 17.
LA CRAVATE
king louis 13 perancis

Pada tahun 1630, semasa perang 30 tahun di Perancis, King Louis ke 13 memerlukan askar-askar tambahan bagi menampung bilangan askarnya. Oleh kerana itu, beliau telah mengupah askar-askar yang datang daripada Croatia, Bosnia dan Hungary sebagai askar upahan bagi pihak Perancis.

Loading...

Semua askar upahan Croatia memakai sejenis kain yang dililit di leher yang mempunyai fungsi untuk mengikat kolar jaket mereka yang terbuka. Selain itu, kain di leher itu juga adalah untuk memudahkan isteri-isteri askar Croatia mengecam suami-suami mereka yang sedang berperang di medan perang. Dengan menggunakan kemahiran mereka menjahit, setiap askar Croatia akan dipakaikan hiasan lilitan pada leher yang diperbuat dengan halus oleh isteri-isteri mereka.

askar upahan croatia

King Louis ke 13 menjadi penggemar melihat perhiasan itu dipakai, mewajibkan semua individu yang akan hadir pada sebarang acara di-Raja selepas tamatnya perang, memakai lilitan di leher yang beliau namakan ‘la cravate.’ Nama itu diambil sempena askar Croatia yang memperkenalkannya, membawa maksud ‘lilitan.’

‘La cravate’ atau cravat ini pun mula terkenal sebagai perhiasan pakaian sehinggakan Napoleon Bonaparte, emperor Perancis pada abad ke 19 pun mengamalkan pemakaian lilitan la cravate berwarna putih sebagai pakaian rasmi beliau.

Lilitan leher itu mula popular sebagai satu simbol fesyen yang menandakan seseorang itu berstatus tinggi, bersifat formal dan mempunyai darjat tertentu.
ERA MODEN
tali leher pelbagai variasi

Tali leher la cravate pada zaman itu belum menyerupai tali leher yang kita dapat lihat ketika ini. Rupanya lebih menyerupai ‘bowtie’ yang ada kerana tali leher yang kita kenali sekarang, bermula lewat abad ke 19 ketika era British.

Loading...

Pada awal 1900, ikatan asas tali leher yang digelarkan ‘four in hand’ diperkenalkan yang menyebabkan lilitan cravats mula mengalami penurunan populariti. Perlahan-lahan tali leher yang kita pakai sekarang ini, mula mengalami evolusi ke arah fesyen dan keselesaan kerana orang ramai mula bereksperimen tentang cara mengikat tali leher.

Perubahan paling penting adalah dalam tahun 1920 apabila seorang tukang jahit bernama Jessie Langsdorf berjaya mencipta kaedah memotong kain yang membolehkan fabrik tali leher kembali pada bentuk asal setiap kali diikat. Dengan penemuan teknik ini, semakin banyak cara ikatan tali leher dicipta bagi mencipta fesyen-fesyen baru tali leher, yang tidak mungkin berlaku dalam bentuk asal la cravate.

cara mengikat tali leher asas

Bermula dari situ, tali leher mula mengekalkan bentuk dan rupa yang kita kenali sekarang, hanya berubah pada kelebaran tali leher mengikut zaman. Pada era 1970-an, ‘kipper ties’ dipopularkan menjadi asas kepada fesyen tali leher yang telah kekal sehingga sekarang. Trend fesyen dunia nampaknya seolah-olah mahu kembali pada tali leher yang kurus sebagai satu fesyen popular ketika ini berbanding fesyen tali leher lebar yang pernah popular satu masa dulu.

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

Loading...

Negara kita banyak juga mengalami pembunuhan-pembunuhan bersifat profil tinggi yang mengejutkan banyak pihak. Selalunya kes seperti ini mempunyai banyak tanda tanya dan persoalan yang tidak mampu dijawab, apatah lagi selepas dibuktikan berlakunya pembunuhan, makin banyak pula khabar angin yang membuatkan kita semakin kurang jelas apa yang telah berlaku.

Sehingga setakat ini, berikut adalah 5 kes pembunuhan paling menggemparkan yang telah berlaku. Ada yang berjaya diselesaikan dan ada yang masih lagi terbuka perbicaraannya sehingga ke hari ini.
1. Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya
iluminasi kes pembunuhan

Hilang sebelum dijumpai abu mayatnya, Datuk Sosilawati dan 3 orang lagi lelaki lain dibunuh dan dibakar. Sisa mayat keempat-empat mereka dijumpai di kawasan berdekatan Morib kerana suspek telah membuang abu mayat mereka dalam sebuah sungai. Pihak polis berjaya menemui jam tangan milik Datuk Sosilawati pada suspek yang diambil oleh pihak suspek sebagai kenang-kenangan yang menjadi bukti kukuh keterlibatan mereka dalam pembunuhan.

Motif sebenar pembunuhan dilaporkan berlaku kerana suspek berhutang RM3 juta yang tidak mampu dibayar kepada mangsa dan pada Mac 2017, tiga daripada empat suspek dihukum gantung sementara seorang lagi dibebaskan.
2. Pembunuhan Canny Ong
iluminasi kes pembunuhan2

Wanita comel berketurunan Cina bernama Canny Ong ini diculik oleh suspek bernama Ahmad Najib selepas dia pergi membayar bayaran meletakkan kenderaan di Bangsa Shopping Centre dengan kereta Canny dipandu keluar melanggar penghadang. Pagi tersebut, pihak polis menjumpai Canny dan Najib dalam kereta namun tidak mengesyaki apa-apa. Canny dirogol pada pagi tersebut dan kemudiannya dibunuh dengan pisau dan mayatnya dibuang ke dalam lubang pembentung di jalan raya. Esoknya, Ahmad Najib kembali ke lubang tersebut lalu membakar mayat Canny.

Hasil siasatan unit forensik menemui kesan air mani Ahmad Najib pada mayat Canny yang menjadi bukti kejadian tersebut dan Ahmad Najib dihukum gantung. Hukumannya dijalankan pada 24 September 2016 pada awal subuh.
3. Pembunuhan Nurin Jazlin
iluminasi kes pembunuhan3

Ini kes paling menyayat hati kerana melibatkan kanak-kanak. Nurin yang baru berumur 8 tahun diminta ke pasar pada 20 Ogos 2007. Tidak pulang-pulang selepas itu, selepas laporan polis, terdapat rakaman cctv yang menunjukkan dia ditarik masuk ke dalam sebuah van putih. Pada 17 September 2007, sebuah beg dijumpai oleh seorang peniaga di depan kedainya yang berisi tubuh Nurin dengan sebatang timun dan terung tertusuk dikemaluannya.

Pada 11 Oktober 2007, polis mendedahkan dua rakaman cctv menunjukkan seorang lelaki menaiki motosikal meninggalkan beg tersebut di depan kedai dan sejam kemudian, seorang perempuan berlegar-legar di depan beg tersebut yang kemudiannya dibawa pergi oleh 3 orang lelaki. Menggunakan bantuan FBI untuk menjelaskan rakaman tersebut pun masih gagal memaparkan sebarang maklumat yang mampu membantu dan sehingga sekarang, kes ini masih belum selesai. Pembunuh Nurin Jazlin pula masih bebas hidup.
4. Pembunuhan Altantuya
iluminasi kes pembunuhan

Dilaporkan terlibat sebagai jurubahasa dengan wakil kerajaan, Altantuya dibom menggunakan peledak C4 di sebuah kawasan hutan berdekatan Puncak Alam. Sehingga sekarang tidak dapat disahkan motif sebenar pembunuhan tersebut berlaku walaupun kesnya sudah diselesaikan dan pembunuhnya berjaya ditangkap.

Dua orang anggota polis bernama Sirul Azhar dan Azilah telah pun dijatuhkan hukuman gantung atas pembunuhan tersebut. Sirul sehingga sekarang mengatakan wujudnya konspirasi menjadikan dia kambing hitam untuk menutup kes tersebut.
5. Pembunuhan Datuk Mazlan Idris
iluminasi kes pembunuhan4

Datuk Mazlan Idris, salah seorang ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ingin mendapatkan khidmat seorang bomoh wanita bernama Mona Fandey bagi menguatkan lagi pengaruh politik beliau. Datuk Mazlan diminta hadir ke rumahnya untuk menghadiri satu upacara ilmu hitam yang boleh membantu beliau dan Datuk Mazlan dikehendaki berbaring, sebelum kepalanya dipenggal dengan kapak oleh pembantu Mona.

Mayat Datuk Mazlan dikerat kepada 18 bahagian dan kulitnya disiat. Cebisan badan Datuk Mazlan ditanam disekitar kawasan rumah Mona Fandey. Dengan wang RM300 ribu yang dibawa oleh Datuk Mazlan, Mona Fandey telah pergi membeli belah, membeli kereta Mercedes-Benz dan juga membuat penampilan baru pada wajahnya.

Selepas laporan kehilangan dibuat, Juraimi sendiri membuka cerita kepada pihak penyiasat yang membawa kepada penemuan-penemuan badan Datuk Mazlan di kawasan rumah Mona. Mona, suaminya Affandi dan Juraimi ditahan sebagai suspek. Perbicaraan berlangsung dan semuanya dihukum gantung oleh pihak mahkamah selepas terbukti menyebabkan kematian Datuk Mazlan.

Pada 2 November 2001, ketiga-tiga mereka digantung di Penjara Kajang dan mereka yang menyaksikan perkara tersebut mengakui riak wajah mereka bertiga tidak ada sedikit pun rasa menyesal melakukan perkara tersebut.

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *