Inilah Sejarah Kasut Bata Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Ingat Ia Jenama Malaysia… Jom Baca Sejarah Bata Yang Bukan Calang2, Kalah Adidas dan Nike…!

Inilah Sejarah Kasut Bata Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Ingat Ia Jenama Malaysia… Jom Baca Sejarah Bata Yang Bukan Calang2, Kalah Adidas dan Nike…!

Bata. Hampir semua warga Malaysia pernah memiliki jenama kasut ini, terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Kasut sekolah Bata antara yang paling popular satu ketika dahulu, dan masih popular sehingga kini. Namun apa yang peliknya, ramai yang beranggapan kasut Bata jenama tempatan atau “local”, sama ada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ia tidak lain tidak bukan kerana perkataan “Bata” itu sendiri yang mempunyai maksud dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya, Bata adalah syarikat pengeluar terkenal dunia dan terbesar di Eropah satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi satu kuasa besar dalam industri kasut.
Penubuhan Bata
tom anna dan anton n ba a

Syarikat kasut T. & A. Bata adalah merupakan perusahaan keluarga yang dimulakan oleh 3 beradik iaitu Tomáš, Anna dan Antonín Baťa pada 24 Ogos 1894. Mereka merupakan generasi ke-8 dalam keluarga tukang kasut di kawasan luar bandar Zlin, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia).

Adik-beradik Bata ini memang inovatif sejak mula lagi. Mereka menggantikan cara bengkel tradisional membuat kasut yang biasanya dilakukan oleh seorang, kepada 10 orang.

Loading...

Pada tahun 1897, teknik pengeluaran menggunakan mesin diperkenalkan termasuk mesin pembuat kasut dipacu oleh wap, menjadi pencetus kepada pemodenan pengeluaran kasut yang pesat membuatkan Bata mampu menjadi antara pengeluar kasut besar-besaran di Eropah.

kedai bata pertama di dunia di zlin

Dan pada tahun 1899, kedai Bata pertama telah dibuka di kampung halaman mereka di Zlin.

Bata mula berkembang pesat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada tahun 1905, pengeluaran kasut oleh Bata mencecah 2,200 pasang kasut sehari, sekaligus menjadikan syarikat ini sebagai pengeluar kasut terbesar di Eropah. Dan menjelang 1912, kakitangan Bata telah mencecah 500 orang.
Bata ketika Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Pertama yang bermula pada tahu 1914 telah memberikan impak yang sangat besar kepada Bata. Ia disebabkan oleh pesanan kasut oleh tentera yang sangat banyak, membuatkan kakitangan Bata bertambah 10 kali ganda daripada sebelumnya.

Bata kemudiannya membuka cawangan di Prague, Liberec, Vienna, Pilsen dan banyak lagi bandar-bandar lain.

tomas bata
Tomáš Baťa
Namun, langit tak selalunya cerah. Ekonomi dunia merudum teruk selepas Perang Dunia Pertama, menyebabkan mata wang Czechoslovakia merosot sebanyak 75%. Permintaan menjadi berkurangan menyebabkan pengeluaran dihentikan sekaligus mengakibatkan pengangguran yang sangat tinggi.

Loading...

Tidak cepat melatah dan bijak mengendalikan situasi itu, Tomáš Baťa mengambil keputusan menurunkan harga kasut menjadi separuh, dan para pekerja bersetuju untuk dikurangkan gaji sebanyak 40%. Sebagai ganti, Bata menyediakan makanan, pakaian dan keperluan lain dengan separuh harga.

bataville

Bukan itu sahaja, beliau telah memperkenalkan inisiatif keuntungan-bersama yang pertama di dunia, menjadikan semua kakitangan sebagai rakan kongsi dan diberikan insentif mengikut prestasi syarikat. Ia sama seperti insentif berdasarkan pencapaian dan saham, pada hari ini.

Dan disebabkan penurunan harga oleh Bata, ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ketika mana syarikat kasut lain gulung tikar disebabkan oleh krisis permintaan antara tahun 1923 dan 1925, Bata pula semakin melebarkan sayap kerana menjadi pilihan pengguna yang mahukan kasut murah.

Zlin menjadi seperti sebuah bandar perusahaan kasut Bata yang digelar “Bataville” dengan keluasan beberapa hektar.

bataville di zlin czechoslovakia
Bataville di Zlin, Czechoslovakia
Bataville dipenuhi dengan kakitangan dan infrastruktur milik Bata termasuklah tukang kayu, tukang kulit, kilang kimia, pusat peralatan mekanikal, bengkel menghasilkan getah, kilang kadbod dan kertas pulpa (untuk pembungkusan), kilang fabrik (untuk lapisan kasut dan stokin), kilang pengilat kasut, dan loji janakuasa serta aktiviti bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan tenaga kilang dan makanan kepada kakitangan.

Loading...

Segala keperluan asas kehidupan oleh kakitangan Bata yang digelar “Batamen” dan keluarga mereka disediakan oleh syarikat Bata termasuklah rumah, kedai, sekolah, hospital, perpustakaan, pusat rekreasi dan lain-lain. Menjelang tahun 1923, Bata mempunyai 112 cawangan.

bata tennis 1936

Pada tahun 1936, Bata telah mengeluarkan kasut Bata Tennis yang pada mulanya dihasilkan untuk kanak-kanak sekolah di India dan telah menjadi antara kasut paling laris di dunia dan dijual hingga kini.

Bata kemudiannya mula memperluaskan syarikat mereka dengan membina kilang di luar Czechoslovakia termasuklah di Poland, Latvia, Romania, Switzerland dan Perancis. Mereka juga mempelbagaikan ekonomi Bata dengan menceburi banyak industri lain seperti :

Samak kulit – 1915
Industri tenaga – 1917
Pertanian – 1917
Penerbitan akhbar – 1918
Pembuatan bata – 1918
Pemprosesan kayu – 1919
Industri getah – 1923
Industri pembinaan – 1924
Landasan kereta api dan pengangkutan udara – 1924
Perfileman – 1927
Pemprosesan makanan – 1927
Pengeluaran bahan kimia – 1928
Pembuatan tayar – 1930
Insurans – 1930
Pengangkutan bermotor – 1930
Pengeluaran tekstil – 1931
Pengangkutan laut – 1932
Perlombongan arang batu – 1932
Penghasilan pesawat – 1934
Pengeluaran serat sintetik – 1935
Pengangkutan sungai 1938

Bagi menghasilkan iklan TV, Bata membina studio perfileman serta menggunakan peralatan sendiri.

peralatan video menghasilkan iklan tv bata
Alatan menghasilkan filem oleh Bata
iklan bata nigeria

bata pakistan

Bata telah menghasilkan bangunan pencakar langit sendiri setinggi 77.5 meter sebagai ibu pejabat yang terletak di Zlin. Bangunan itu merupakan bangunan kedua tertinggi di Eropah pada ketika itu. Ia dibina dengan binaan kongkrit, bata, keluli dan kaca menjadi sebuah mercu tanda abad ke-20.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai lif pejabat pertama di dunia yang membolehkan pengasasnya, Tomáš bergerak ke tingkat lain dalam bangunan itu tanpa perlu meninggalkan mejanya.

bangunan bata pertama
Pejabat Bata, bangunan kedua tertinggi di Eropah ketika itu
Bata juga membina jalan dan terusan serta menggunakan pesawat, bot dan lori untuk mengeksport kasutnya ke serata dunia. Dan jika Bata memerlukan motosikal, basikal dan malah unta sekalipun, mereka akan berbuat demikian semata-mata untuk menghantar kasut keluaran mereka.

van bata

bata hantar kasut guna motosikal

Bataville kemudiannya menjadi model kepada pembinaan bandar Bata yang lain di serata dunia seperti :

Batadorp di Belanda
Batovany di Slovakia
Batov di Republik Czech
Borovo-Bata di Croatia
Bata Park di Switzerland
Bataville di Perancis
Batawa di Kanada
East Tilbury di England ( didokumentarikan dalam “Bata-ville: We Are Not Afraid of the Future”)
Batapur di Pakistan 
Batanagar dan Bataganj di India

dan juga sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat.

di dalam kedai bata

cawanagn kedai bata 2

Pada tahun 1934, sebanyak 300 kedai Bata dibuka di Amerika Utara, 1,000 di Asia dan lebih daripada 4,000 di Eropah. Menjelang tahun 1938, Bata berkembang ke 30 buah negara dengan 5,300 buah cawangan di serata Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Kakitangannya meningkat dengan mendadak daripada 8,300 orang pada tahun 1928 kepada 65,000 orang pada tahun 1938. Bata mengendalikan 63 buah syarikat dalam pelbagai industri dan menjual 60 juta unit kasut setiap tahun.

kilang bata

kedai bata satu ketika dahulu

Daripada Austria hinggalah ke Zambia, kedai Bata menetapkan standard kualiti berdasarkan produk unggul, nilai wang yang berbaloi dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Setiap kedai direka khas memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan mesra.
Kematian Tomas Bata
Ketika berusia 56 tahun pada 1932, Tomáš Baťa terlibat dalam kemalangan kapal terbang di Lapangan Terbang Zlín yang menyebabkan beliau terbunuh. Syarikat tersebut diwariskan kepada adik tirinya Jan Antonin dan anaknya Thomas John Bata yang menerajui syarikat dengan moral yang ditinggalkan oleh Tomas, iaitu :

“Syarikat kasut Bata bukanlah dianggap sebagai sumber kekayaan peribadi tetapi sebagai kepercayaan oleh orang ramai, sebagai cara untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti dan memberikan nilai kepada setiap wang pengguna”

Bata juga merupakan perusahan besar pertama yang menggunakan pesawat untuk kegunaan syarikat secara sistematik, termasuklah penghantaran kakitangan dengan pantas seperti menghantar tukang selenggara dan alat ganti ke lokasi yang diperlukan.

evolusi logo bata

bata diterjemahkan kepada 14 bahasa

Bata juga telah menjadi jenama dunia dan logo serta nama “Bata” telah diterjemahkan kepada 14 bahasa. Di beberapa bahagian dunia, perkataan “Bata” sangat sinonim dengan “kasut” kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar kasut yang dikenali oleh orang tempatan, seperti memanggil mi segera sebagai “Maggi”.

jan antonin bata
Jan Antonin Bata
Jan Antonin melarikan diri ke Amerika selepas penaklukan Czechoslovakia oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga menjadi sasaran oleh Amerika Syarikat dan British kerana berurusan dengan Pakatan Paksi dan kemudiannya melarikan diri ke Brazil pada tahun 1941.

Selepas perang tamat, pihak berkuasa Czechoslovakia menuduh Jan Antonin sebagai pembelot kerana tidak menyokong tentangan terhadap anti-Nazi, dan telah dihukum 15 tahun penjara. Segala aset Bata dirampas oleh kerajaan Czechoslovakia, Jerman Timur, Poland dan Yugoslavia.

thomas john bata
Thomas John Bata
Thomas John pula dihantar oleh Jan Antonin ke Kanada dan menjadi Naib Presiden Bata di Kanada. Ketika syarikat Bata sedang nazak, ia dibina seula di Kanada dan mengembangkan semula ke Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Ibu pejabat Bata dipindahkan ke Ontario, Kanada pada 1964, dan sekali lagi berpindah pada tahun 1965 ke New York.
Bata kini
Kini Bata menganggarkan menjual 1 juta pasang kasut seharai dengan pekerja lebih daripada 30,000 orang dan beroperasi di lebih 90 buah negara dengan lebih daripada 5,000 buah cawangan. Cawangan pertama di Malaysia dibuka di Klang, Selangor pada tahun 1935, dan terdapat lebih daripada 40 cawangan Bata di Singapura.
Produk dan tajaan oleh Bata
Antara produk jenama Bata yang dikeluarkan :

Bata (Baťa in the Czech Republic and Slovakia)
Bata Comfit – kasut selesa
Ambassador – kasut klasik lelaki
North Star – kasut ala bandar
Weinbrenner – kasut outdoor premium
Marie Claire – kasut wanita
SunDrops – kasut wanita
Bubblegummers – kasut kanak-kanak
Baby Bubbles – kasut kanak-kanak
Safari – kasut padang pasir
Power – kasut sukan
Patapata – selipar
Toughees – kasut sekolah
Tomy Takkies – kasut ala bandar
Verlon – kasut sekolah
Teener – kasut sekolah
B-First – kasut sekolah
Footin – kasut trendy
Bata Industrials – kasut keselamatan
B.First – kasut sukan

earvin magic johnson pakai kasut bata

Pemain bola keranjang “Hall of Fame”, Earvin “Magic” Johnson melancarkan kariernya dengan memakai kasut Wilson keluaran Bata. Bata juga merupakan penaja rasmi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico, penaja rasmi dan kasut bagi Piala Dunia Kriket ICC 1987, dan penaja Eliseo Salazar yang memenangi Kejohanan Formula 1 Aurora 1980.

bata adalah penaja rasmi piala dunia mexico 1986
Bata penaja rasmi Piala Dunia Mexico 1986
robin williams dan bata

Menjelang tahun 1970-an, Bata mula menjadi perhatian peminat fesyen. Kasut Bata pernah tampil dalam majalah terbesar dunia seperti Vogue, Elle dan banyak lagi. Selipar Bata yang murah, tahan lama tampil dalam majalah The New York Times edisi “Time Capsule” pada tahun 1999 dan dipegang oleh Robin Willians.

Selipar yang sama ketika itu dipakai oleh 95% daripada populasi di India.

kurt cobain dan bata
Kurt Cobain menggayakan kasut Bata Hotshot
Supermodel dan pelakon dari Perancis, Laetitia Casta juga memakai kasut Bata iaitu Bata Tennis. Penyanyi kumpulan paling popular di dunia pada tahun 1993, Nirvana, iaitu Kurt Cobain dilihat berkali-kali menggayakan kasut Bata Hotshot.

Maka Berbanggalah Anda Memakai Kasut Jenama BATA…

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *