Tiba-Tiba Mawar Senyap Tak Menendang, Perut Mommy Tiba-Tiba Mengeras, Rupanya Mawar Dah Tak Ada

Tiba-Tiba Mawar Senyap Tak Menendang, Perut Mommy Tiba-Tiba Mengeras, Rupanya Mawar Dah Tak Ada

Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan seorang ibu yang mengandungkan anak selaam 9 bulan tiba-tiba dapat tahu kandungan yang dikandungnya sudah tidak bernyawa.

Disaat ketika naluri kasih sayang seorang ibu sedang membuak-buak dan merindui kedatangan orang baru dalam kehidupannya.

Itulah yang berlaku kepada Puan Norwaqiah Zulkifli, dimana dia kehilangan anak yang dikandungnya ketika masih belum lahir.

Jom baca luahan berliau.

Kalau ikutkan due date tarikh hari ni cukup Mawar 40 weeks.

24/11/17 = Mawar kurang gerak tapi perot mommy mengeras. Mommy ingat Mawar nak carik jalan sebab memang tengah tunggu hari je. Mommy ajak daddy pergi hospital tak sedap hati. Pergi hospital misi tak jumpa denyutan jantung Mawar. Allah masa tu mommy dah doa minta keajaiban. Sepanjang perjalanan dalam ambulans nak ke HSA mommy harap diorang salah, mommy berharap Mawar ada lg. Bila doctor pakar sahkan memang Mawar dah takde, mommy redha.

25/11/17 = Tak tahu nak cakap perasaan macam mana bila tengok perot memboyot lagi tapi dalam perot dah tak bernyawa. Mommy macam terasa lagi tendangan Mawar dalam perot. 6.30 pagi mommy kena masuk ubat untuk buka jalan. Bagi masa 6 jam tapi masa ni sakit takde lagi so memang jalan tak buka langsung. Pukul 2.30 masuk ubat kali ke2. Masa ni sakit construction dah ada. Allah, memang sakit sangat tapi tak sesakit jiwa dan perasaan mommy kehilangan Mawar.

Loading...

26/11/17 = pukul 2 petang bukaan jalan dah 4 cm, diorang cakap labour room penuh kena tunggu. Pukul6  lebih baru mommy dapat masuk labour room. Pukul 8 Mawar selamat melahirkan. Allah masa tu mommy mengharap mommy dapat dengar tangisan Mawar tapi takde.

27/11/17 = Alhamdulillah Mawar selamat dikebumikan.

Anak mommy Mawar Medina,
Mommy rindu Mawar! Mommy cuma ada kain alas Mawar je untuk hilangkan rindu. Mommy belum kuat untuk terima semua ni. Mommy perlukan masa. Berpantang tanpa Mawar dua kali ganda kesakitan mommy tanggung. Doakan mommy kuat dan tabah.

sumber- Siakapkeli.my

.

.

Keanehan berlaku ketika pihak berkuasa menguruskan sembilan mangsa bot karam di Perairan Teluk C berhampiran Bandar Penawar,Kota Tinggi di sini, apabila mayat mereka gagal diangkat kerana terlalu berat.

Walaupun lima orang dewasa berusaha mengangkat satu mayat, usaha mereka tetap gagal dan keadaan hanya berubah selepas seorang ustaz dipanggil untuk membantu.
Sumber polis berkata, selain keadaan mayat yang berat, berlaku satu lagi keanehan apabila pacuan empat roda polis secara tiba-tiba tersekat di kawasan berpasir dan tidak boleh bergerak menyebabkan usaha membawa mayat ke hospital bertambah sukar.

Loading...

Menurutnya, polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam berkaitan penemuan mayat terdampar di kawasan itu kira-kira jam 4.30 petang kelmarin.

“Semua mangsa dipercayai penumpang sebuah bot pancung yang membawa lebih 15 pendatang tanpa izin warga Indonesia yang bertolak dari Bandar Penawar melalui laluan tikus untuk pulang ke negara asal mereka. -Hmetro

Loading...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *